Ahad, 19 Julai 2020

Matrikulasi in real life!!

Assalamualaikum semua, 

Harini aku nak share persediaan yang korang perlu buat sebelum memasuki matrik. Since aku merupakan seorang pelajar lepasan matrik. So aku nak bgtau apa yang budak matrik perlu buat. First persediaan mental. 

Korang kena selalu ready utk belajar especially budak pst. Kebiasaannya kelas memang full dr pukul 8 sampai 4. Time rehat pukul 1 sampai 2. Tapi ada je kelas yg xfull. Yang kelas full tu memang penat sikit la habis je kelas terus balik bilik sampai takda masa nak makan sebab aku pilih tido dari makan .. Hahaha. 

After pukul 4 tu macam biasa la aktiviti korang... Kalau korang jenis bersukan korang boleh turun main kat padang. Banyak juga fasiliti yang ada. Badminton, basikal, bola, futsal, softball, frisbee, dan banyak lagi la korang boleh main. Especially budak sukan matrik ni ada karnival sukan. Nama dia Kakom. Banyak jugak sukan yang dipertandingkan. So kalau nak markah koko tinggi masuk la kakom wakil kolej korang. Pastu sebelah malam pulak korang boleh la pergi masjid, solat jemaah ramai2. Aku ni jenis suka study malam, so lepas balik masjid baru aku study or buat homework. Kebiasaannya library akan buka. So sapa yang xsuka study kat bilik tu boleh la pergi library. 

Kalau korang ada free waktu pagi or petang tu korang bolehla consult dengan lecterur apa yang xfaham. Biasanya apa yang belajar kat lecture, kat tutor x belajar dah, depend on lecturer la.. Biasanya lecturer malas nak ulang balik. So korang kena fokus betul2 waktu lecture... Tapi ada jugak setengah orang yang xboleh fokus sebab ramai sangat student tp nak xnak korang kena fokus jugak ok.. 

Tutorial jangan lupa buat even lecturer xsuruh korang kena buat jugak untuk study. Kalau korang xfaham bertanya tu penting. Korang kena cari waktu untuk buat study group supaya apa yang korang tertinggal dalam kelas kawan korang boleh bagitau balik. Jangan malu!!. Kalau korang nak tenangkan fikiran korang boleh outing hujung minggu. Waktu berjoli la puas2.. Hahah. Jangan habiskan elaun dah la sentiasa beringat dan berjimat ok. Harga makanan kat matrik boleh tahan jugakla. Xda la mahal sangat. Harga nasi ayam pon dalam rm3.50.. So kalau korang pandai berjimat elaun tu cukup la untuk makan sebulan.. 

So aku rasa itu jer kot yang aku share. Good luck kepada bakal dak dak matrik.. Insyaallah kalau aku rajin nanti aku share lagi ok... Assalamualaikum.. Bye